Sunday 10 November 2013

# 1- PIRAMID MAKANAN MALAYSIA


RECEPI 1 # Homemade oreo ice cream


CARA BUAT

1) - setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
    - 1 1/2 gelas susu cair(ducthlady kotak pon boleh..ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
    - 1 sudu ovalette (pastikan halal)* (dapatkan di KEDAI KEK)
    - sedikit esen vanilla *(dapatkan di KEDAI KEK)
    - blendkan sampai gebu.

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) MAKAN !!!!!!! sampai menjilat sudu~!!!
 

credits to sjiehan.com sbb resepi yang best ni :)

thanks for reading :)
 

Friday 8 November 2013

PANDUAN DIET MALAYSIA

PANDUAN DIET MALAYSIA ada 14 mesages


Penyakit kronik berkaitan dengan gaya hidup telah menjadi satu wabak kehidupan moden. Prevalens penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kanser sentiasa meningkat; dan menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, ia merupakan punca utama kematian di dunia iaitu sebanyak 36 juta daripada 57 juta (atau 63%) pada tahun 2008 dan menyumbang kepada 67% kematian di Malaysia. Penyakit-penyakit ini yang juga dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi disebabkan oleh gaya hidup sedentari (tidak aktif) dan diet tidak sihat yang diamalkan untuk jangka masa yang panjang. Penyakit-penyakit ini sebenarnya mudah dicegah dengan amalan gaya hidup yang lebih sihat. Oleh itu, pencegahan harus bermula daripada usia muda, dan tempat terbaik untuk mula adalah di rumah.


Panduan Diet Malaysia telah mengesyorkan 14 mesej utama untuk membimbing anda dan keluarga ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan.

2. Kekalkan berat badan dalam julat sihat.

3. Aktif secara fizikal setiap hari.

4. Makan nasi, produk bijirin (terutamanya bijirin penuh), dan ubi-ubian        secukupnya.

5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna setiap hari.

6. Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.

7. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.

8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak
dan kurangkan minyak dalam masakan.

9. Pilih dan sediakan makanan kurang garam
dan sos.

10. Ambil makanan dan minuman rendah gula.

11. Minum banyak air setiap hari.

12. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sejak bayi lahir hingga enam bulan dan teruskan penyusuan sehingga berusia dua tahun.

13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih.

14.Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan dengan berkesan.


thanks for reading this entry :)

Sunday 3 November 2013

BERTUNGKU

BERTUNGKU


#dari tajuk pon dah tahu apa yang bakal aku share jap lagi mesti x ada kaitan dengan nutrition.


mesti korg tertanya-tanya kan kenapa pulak aku nk share pasal bertungku kat blog ni?
Sebenarnya cerita bermula apabila makcik ak bwk blik batu sungai yg agak besar jugaklah (yang kalu korg jatuhkan ke kaki boleh patah tulang bendulang jemari kaki dan boleh masuk ICU jgklah kalu ko guna tu untuk pukul kepala orang). makcik aku ni semangat  panaskan batu sungai tu kat dapur masak,,lame jgklah,,dalam setengah jam  dengan api paling kecil. dah sudah tu,,dengan berbalutkan jeans lama cpt2 die angkat batu tu suruh nenek aku pijak-pijak batu tu. panas oiii,,aku dah try semalam.

Dalam hati aku,,asal plak lah nenek ak kene bertungku ni,padahal bukan lpas bersalin pun.
Rupa-rupanya banyak lagi kebaikan lain yg aku tak x tahu pasal bertungku ni.
Antaranya adalah membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

Terdapat dua kaedah bertungku; Tungku refleksiologi yang menggunakan batu gunung berapi dan bertungku badan menggunakan batu sungai. Tungku refleksiologi diletakkan di tapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita. Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dan organ badan yang lain(yang ni faedah untuk ibu lepas bersalin)
Berbalik balik kepada kenapa pulak nenek aku nak kena bertungku adalah disebabkan sistem peranakan nenek aku semakin hari semakin longgar (tak sempat sampai toilet dah terkeluar) ,,biasalah,,dah 83 tahun. Lepas beberapa kali buat tu aku rasa keadaan nenek aku improve sedikit. Alhamdulillah.
So, kalau nenek or datuk korang mempunyai masalah yang sama, why not cuba. Manalah tahu ade improvement. Kalu korang yang x melahirkan lagi pon apa salahnya try sbb it is good for your health.
TQ for reading :)


Saturday 26 October 2013

SALAM PERKENALAN

 assalamualaikum :)

This is my very first time to do this thing (to have a blog,to write and share my thought and knowledge to others). 
Oklah,,kite berbahasa melayu pulak,gedik gler rasenya bile guna english padahal td kat profile baru je tulis "i am proud to be malaysian"- dalam kata lain ak sepatutnya mempromosikan lagi bahasa,socio dan budaya malaysia. 

aku pun tak nak lah celoteh panjang, (sebenarnya aku kena buat blog ni sebab lecturer aku yang suruh :( ) dalam blog ni aku nak kongsikan pasal NUTRITION (PEMAKANAN) dan apa-apa sahaja yang berkaitan