Sunday 3 November 2013

BERTUNGKU

BERTUNGKU


#dari tajuk pon dah tahu apa yang bakal aku share jap lagi mesti x ada kaitan dengan nutrition.


mesti korg tertanya-tanya kan kenapa pulak aku nk share pasal bertungku kat blog ni?
Sebenarnya cerita bermula apabila makcik ak bwk blik batu sungai yg agak besar jugaklah (yang kalu korg jatuhkan ke kaki boleh patah tulang bendulang jemari kaki dan boleh masuk ICU jgklah kalu ko guna tu untuk pukul kepala orang). makcik aku ni semangat  panaskan batu sungai tu kat dapur masak,,lame jgklah,,dalam setengah jam  dengan api paling kecil. dah sudah tu,,dengan berbalutkan jeans lama cpt2 die angkat batu tu suruh nenek aku pijak-pijak batu tu. panas oiii,,aku dah try semalam.

Dalam hati aku,,asal plak lah nenek ak kene bertungku ni,padahal bukan lpas bersalin pun.
Rupa-rupanya banyak lagi kebaikan lain yg aku tak x tahu pasal bertungku ni.
Antaranya adalah membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

Terdapat dua kaedah bertungku; Tungku refleksiologi yang menggunakan batu gunung berapi dan bertungku badan menggunakan batu sungai. Tungku refleksiologi diletakkan di tapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita. Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dan organ badan yang lain(yang ni faedah untuk ibu lepas bersalin)
Berbalik balik kepada kenapa pulak nenek aku nak kena bertungku adalah disebabkan sistem peranakan nenek aku semakin hari semakin longgar (tak sempat sampai toilet dah terkeluar) ,,biasalah,,dah 83 tahun. Lepas beberapa kali buat tu aku rasa keadaan nenek aku improve sedikit. Alhamdulillah.
So, kalau nenek or datuk korang mempunyai masalah yang sama, why not cuba. Manalah tahu ade improvement. Kalu korang yang x melahirkan lagi pon apa salahnya try sbb it is good for your health.
TQ for reading :)


No comments:

Post a Comment