Friday 8 November 2013

PANDUAN DIET MALAYSIA

PANDUAN DIET MALAYSIA ada 14 mesages


Penyakit kronik berkaitan dengan gaya hidup telah menjadi satu wabak kehidupan moden. Prevalens penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kanser sentiasa meningkat; dan menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, ia merupakan punca utama kematian di dunia iaitu sebanyak 36 juta daripada 57 juta (atau 63%) pada tahun 2008 dan menyumbang kepada 67% kematian di Malaysia. Penyakit-penyakit ini yang juga dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi disebabkan oleh gaya hidup sedentari (tidak aktif) dan diet tidak sihat yang diamalkan untuk jangka masa yang panjang. Penyakit-penyakit ini sebenarnya mudah dicegah dengan amalan gaya hidup yang lebih sihat. Oleh itu, pencegahan harus bermula daripada usia muda, dan tempat terbaik untuk mula adalah di rumah.


Panduan Diet Malaysia telah mengesyorkan 14 mesej utama untuk membimbing anda dan keluarga ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan.

2. Kekalkan berat badan dalam julat sihat.

3. Aktif secara fizikal setiap hari.

4. Makan nasi, produk bijirin (terutamanya bijirin penuh), dan ubi-ubian        secukupnya.

5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna setiap hari.

6. Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.

7. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.

8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak
dan kurangkan minyak dalam masakan.

9. Pilih dan sediakan makanan kurang garam
dan sos.

10. Ambil makanan dan minuman rendah gula.

11. Minum banyak air setiap hari.

12. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sejak bayi lahir hingga enam bulan dan teruskan penyusuan sehingga berusia dua tahun.

13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih.

14.Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan dengan berkesan.


thanks for reading this entry :)

No comments:

Post a Comment